Wednesday 20 August 2014

Bila dugaan melanda

Menangis..sudah pasti..
Namun tiada kejayaan tanpa ujian..
Allah menguji hambaNya bukan suka-suka..

Bersabarlah duhai hati..
Biar kesedihan itu berlalu pergi..
Senyumlah kerna Dia ada untuk kamu..

ALLAHU Rabbi

Friday 15 August 2014

Love is ain't enough..



L                                                        Love till it hurts.. you should not give your love & trust 100% to the person you love or care because one day if they hurt you, it wont be so bad to handle your heart broken..

Till then..Love Allah much much more..He never cheat you..

Tuesday 12 August 2014

Kebasahan..huhu

Bulan August..masih bulan raya..Musim tengkujuh dah bermula...
Sejak sebelum ramadhan lagi aku dan suami pergi keja dengan menunggang motosikal nimotanya, kami tak standby baju hujan pun sbb cuaca cantik setakat ni..maka bila
musim hujan dah bermula kami pun gamble pegi balik keja tanpa membawa rain coat..sebenarnya tak beli lagipun..huhu

maka semalam petang hujan dah turun dengan lebatnya..sang suami pun keluar dari ofis
agak awal selepas melihat awan mendung mula berarak..ingatkan dapat elak hujan tp rupe2nya di pertengahan jalan hujan lebat mula turun hingga ke tempat kerja aku..
Sanggup pulak suami kata nak balik dulu amik kereta dan datang balik untuk amik aku..aargghh taak payah..alang2 basah biar kite basah bersama..

Wah dah macam ceta hindustan lak berhujanan menaiki motor..
Dalam kesejukan kami redah juge jalanraya yang memang sentiasa sesak di waktu puncak.
Alhamdulillah kami sampai rumah dengan selamat walau terdapat insiden tak diingini di tengah jalan, bukan kami tapi lori terbabas kerana jalan licin..
Apapun nampaknya lps ni kena gak sediakan 'payung sebelum hujan'..that is kena gak beli rain coat..hehe

Monday 11 August 2014

Engkau tempat mengadu..

Perjalanan hidup yang pelbagai warna dah aku lalui..
Kini apa jua yang berlaku..semuanya ku adukan padMu ya Allah..
Tiada daya kekuatan melainkan dengan pertolonganMu..

Tuesday 5 August 2014

Semangat yang hilang.. :(

Tersentap.... Adakah luka lama akan berdarah kembali..
Adakah hatiku akan diuji lagi..
Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa di saat ini..

Ya Allah..tiada daya upaya utk aku mencari kekuatan
kecuali dgn pertolonganmu..

Jauhkan segala musibah dr hidupku..
Janganlah engkau uji aku dengan sesuatu yang tidak
mampu aku tanggung..

Aku manusia yang jauh dari kesempurnaan..
Aku perlu bersendiri buat saat ini..jauh dari perasaan luka itu..
parut lama belum sembuh sepenuhnya..adakah luka baru
akan mengambil tempat..

Biarlah..biarlah Allah saja penentu segala..

Note: Ini baru sinopsis cerita...mode: berangan nk jadi
novelis la konon.. ;)