Saturday 4 October 2014

Senyum sampai telinga..

 
   Hari ni 9 Zulhijah, alhamdulillah kami dapat melaksanakan puasa sunat
sempena hari wukuf di Arafah.. Bila berpuasa mulalah terfikir apa yg akan di makan waktu berbuka nanti.

Tetiba teringat pulak hari tu en. Suami ada request buat jacket potato/baked potatoes. Sebelum tu mmg dah
Mintak sorang kawan ni bagi resepi memandangkan baru2 ni dia ada buat utk anak2.

So balik je keja terus ajak en suami p beli brg dapur sebab nak masak utk hari raya haji dan
sekali utk buat baked potatoes..

Lps je asar terus ke dapur menyiapkan bahan..tak susah pun sebenarnya..bahan2 inti pun
ikut selera kite apa nk letak. Mcm hr ni ikut je resepi kwn tu bg cuma tak pakai minced beef,
aku ganti dgn beef burger, bahan lain aku campur cherry tomatoes, baked beans dan hirisan
cendawan butang..

Nak dekat buka puasa baru aku letak kentang dlm aluminium foil,isi inti dan tutup dgn sliced
cheese.. bakar sampai cheese tu cair. Bila sampai waktu berbuka baked potato pun siap..makan
masa baru kuar dr oven ni mmg best. Tiba masa cik abe masukkan dlm mulut jer dia terus
melontarkan kata2 sedapppnyaaa...dh macam makan kt western restaurant lak..tgk berselera dia makan..alhamdulillah abang suka, satu kegembiraan dan berbunga hati bila masakan yg kite masak dapat pujian.. ni yang semangat nak buat lagi..hihii.

Malam ni malam raya jadi mlm ni next menu adalah signature menu iaitu daging masak kicap
dan awal pagi esok nk masak pulak sambal goreng jawa yg dah lama aku tak buat.

Dek kerana td dh lapar sgt tak sempat lak snap gambar baked potato yg aku berjaya buat tadi.
Mungkin next round boleh post..