Tuesday 12 August 2014

Kebasahan..huhu

Bulan August..masih bulan raya..Musim tengkujuh dah bermula...
Sejak sebelum ramadhan lagi aku dan suami pergi keja dengan menunggang motosikal nimotanya, kami tak standby baju hujan pun sbb cuaca cantik setakat ni..maka bila
musim hujan dah bermula kami pun gamble pegi balik keja tanpa membawa rain coat..sebenarnya tak beli lagipun..huhu

maka semalam petang hujan dah turun dengan lebatnya..sang suami pun keluar dari ofis
agak awal selepas melihat awan mendung mula berarak..ingatkan dapat elak hujan tp rupe2nya di pertengahan jalan hujan lebat mula turun hingga ke tempat kerja aku..
Sanggup pulak suami kata nak balik dulu amik kereta dan datang balik untuk amik aku..aargghh taak payah..alang2 basah biar kite basah bersama..

Wah dah macam ceta hindustan lak berhujanan menaiki motor..
Dalam kesejukan kami redah juge jalanraya yang memang sentiasa sesak di waktu puncak.
Alhamdulillah kami sampai rumah dengan selamat walau terdapat insiden tak diingini di tengah jalan, bukan kami tapi lori terbabas kerana jalan licin..
Apapun nampaknya lps ni kena gak sediakan 'payung sebelum hujan'..that is kena gak beli rain coat..hehe

No comments:

Post a Comment