Friday 27 June 2014

Eiman dah buktikan..

Hari komunikasi ibu bapa dan guru di Tadika Seri Pelangi..

Daddy awal2 dah bagi warning kalau dapat lebih dari no 5 eiman akan dapat 'hadiah' sambil cakap ada bawak rotan tak? jeng jeng jeng..
Muka kawan tu dah mula cuak..

Masuk je cikgu tanye mana eiman sambil keluarkan fail dia dan keluarkan 2 report cards, satu utk akademik pagi dan satu lagi utk kelas fardhu ain sebelah petang. Cikgu mula tunjukkan keputusan akademik pagi dulu..
Eiman dapat no 7..big O..oo on her face (teringat kata2 daddy tadi kot), keputusannya eiman dapat 82%, kurangnya kat situ pendidikan Islam eiman dapat 49% TAPI cikgu kata bukan dia sorang dapat markah rendah tp kebanyakan kawan2 dia termasuk kawan baik eiman, Adriana yang biasa dapat 100% pun boleh dapat 39% je..cikgu kata mungkin soalan agak susah utk bdk2 ni faham..tak pe lah, kami as a parent
pun taknak lah menekan sgt anak2 ni..sekurang2nya Eiman dah banyak improve berbanding tahun lepas
masa dia baru masuk tadika 5 tahun.. Dalam hati rasa syukur keputusan subjek lain semuanya cantik..

Kemudian cikgu tunjuk pulak report card utk kelas fardhu ain dia.. Terkejut mak..Eiman dapat no 1? Serius..cikgu pun tak sangka..bukan apa selama ni jarang tgk dia nak selak buku sangat tapi I'm so proud of you baby..u really prove that u can do it..keputusannya 98.2%, semua subjek dapat A+.. Mommy rase nak nangis pun ada, happy sangat. Teringat masa mula2 Eiman masuk sekolah, 6 bulan pertama mmg Eiman lambat nak catch up tp alhamdulillah skrg Eiman dah boleh membaca, mengira cuma perlu lebih penekanan pada latihan mengeja. Tak pe nak, Mommy tau Eiman akan lebih berusaha selepas ni..

Doa mommy semoga eiman terus berjaya dalam pelajaran terutama pelajaran agama Islam sebab Mommy dah ada perancangan untuk masukkan Eiman ke sekolah agama dan menjadi hafizah..mudah2an impian mommy terlaksana.. Aamin,,


No comments:

Post a Comment