Friday, 11 July 2014

Sementara masih ada..

Hidup mmg sementara..entah esok lusa kita akan dipanggil pulang..
Dalam hati, cuma tangisan tanpa suara..
Untuk diluah tiada daya..
Sementara ada..hargai apa yang ada..
Terima semua seadanya..
Diri kita bukan milik abadi..

Aku perlu kekuatan hati,
pada yang memahami,
Doaku tiada henti,
Semoga cekal diri..

Thursday, 3 July 2014

Kesedihan...

Sejak beberapa hari ni kite sentiasa mendengar bermacam-macam berita yang menyedihkan,
Baik di laman2 social maupun akhbar2 tempatan. Namun apa yang aku terima sejak dua,tiga harilalu juge berita yang menyedihkan..

Pertama bila mendapat tahu seorang kawan lama semasa sama2 belajar di uitm diuji dengan
hebat di mana kedua ibu bapanye dimasukkan ke hospital..kite yang mendengar terasa beratnya dugaan inikan lagi anak2  yang menanggungnya..

Berita kedua bila kawan baik aku mengalami pendarahan selama hampir seminggu dan akhirnya terpaksa dimasukkan ke dlm wad kerana tumpah darah dan keguguran..aduhai sahabat, aku tau kau begitu menginginkan zuriat ini namun Dia lebih tau apa yang terbaik utkmu. Kau di diagnosis dengan tiroid, mungkin ini yg myebabkan keadaan tubuh badanmu semakin susut.. sabarlah sahabatku..

Berita ketiga, bila seorang kawan yang aku anggap sbg adik di laman sosial juge mengalami pendarahan teruk yang membawa keguguran. Dengan masalah rumahtangga yang dialami dan keadaan tekanan perasaan yang ditanggung, mungkin menyumbang kepada keadaan ini..apapun  semuanya sudah ditakdirkan oleh Allah. Dia yang lebih mengetahui mengapa ini semua terjadi.

Berita keempat bila anak saudaraku sendiri telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi.
Allah..selepas umminye demam beberapa hari sebelum itu, anak sulungnya pula menyusul..Aku hanya mampu berdoa semoga mereka2 ini yang ku sayangi diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian di dalam bulan puasa ini.

Sesungguhnya hidup di dunia ini tidak akan lepas dari mendapat ujian.. Setiap orang akan diuji dengan kemampuan masing2 dan yang pastinya ini adalah untuk memberi pahala (atas kesabaran dan redha dgn ujian yg diterima) dan bagi meningkatkan iman kite sendiri..

Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..

Saturday, 28 June 2014

Ramadhan datang lagi ♥♥

Alhamdulillah...Ahlan wa sahlan ya Ramadhan mubarak..

Aku sangat2 rasa bersyukur kerna dengan izinNya aku masih dapat menemui ramadhan sekali lagi pada tahun ini.. Last year aku dapat berpuasa penuh sebab masa tu aku tgh mengandungkan
Aina Dafinah..

Tahun ni In Sha Allah adalah tahun pertama Finah beraya bersama2 kami pulak. Memandangkan
aku baru lagi lepas pembedahan pemindahan hati akhir Mei lepas, nampak gaya pergerakan aku pun agak terbatas, nak buat kerja rumah pun yang ringan2 je. Tak tau lah tahun ni larat ke tak nak masak2.

Yang pasti kami akan bersederhana dalam segala hal..bulan ramadhan adalh bulan meningkatkan amal ibadah dan bukannya bulan mengenyangkan perut sewaktu berbuka. Mudah2an pada bulan yang mulia ini kami mampu utk melaksanakan ibadah puasa ini lebih baik
dari tahun2 sebelum ini.. Aamiin

Friday, 27 June 2014

Eiman dah buktikan..

Hari komunikasi ibu bapa dan guru di Tadika Seri Pelangi..

Daddy awal2 dah bagi warning kalau dapat lebih dari no 5 eiman akan dapat 'hadiah' sambil cakap ada bawak rotan tak? jeng jeng jeng..
Muka kawan tu dah mula cuak..

Masuk je cikgu tanye mana eiman sambil keluarkan fail dia dan keluarkan 2 report cards, satu utk akademik pagi dan satu lagi utk kelas fardhu ain sebelah petang. Cikgu mula tunjukkan keputusan akademik pagi dulu..
Eiman dapat no 7..big O..oo on her face (teringat kata2 daddy tadi kot), keputusannya eiman dapat 82%, kurangnya kat situ pendidikan Islam eiman dapat 49% TAPI cikgu kata bukan dia sorang dapat markah rendah tp kebanyakan kawan2 dia termasuk kawan baik eiman, Adriana yang biasa dapat 100% pun boleh dapat 39% je..cikgu kata mungkin soalan agak susah utk bdk2 ni faham..tak pe lah, kami as a parent
pun taknak lah menekan sgt anak2 ni..sekurang2nya Eiman dah banyak improve berbanding tahun lepas
masa dia baru masuk tadika 5 tahun.. Dalam hati rasa syukur keputusan subjek lain semuanya cantik..

Kemudian cikgu tunjuk pulak report card utk kelas fardhu ain dia.. Terkejut mak..Eiman dapat no 1? Serius..cikgu pun tak sangka..bukan apa selama ni jarang tgk dia nak selak buku sangat tapi I'm so proud of you baby..u really prove that u can do it..keputusannya 98.2%, semua subjek dapat A+.. Mommy rase nak nangis pun ada, happy sangat. Teringat masa mula2 Eiman masuk sekolah, 6 bulan pertama mmg Eiman lambat nak catch up tp alhamdulillah skrg Eiman dah boleh membaca, mengira cuma perlu lebih penekanan pada latihan mengeja. Tak pe nak, Mommy tau Eiman akan lebih berusaha selepas ni..

Doa mommy semoga eiman terus berjaya dalam pelajaran terutama pelajaran agama Islam sebab Mommy dah ada perancangan untuk masukkan Eiman ke sekolah agama dan menjadi hafizah..mudah2an impian mommy terlaksana.. Aamin,,


Thursday, 26 June 2014

Menangis kerana bag baju?

Petang tadi sedang aku buat kerja kat ofis, tetiba handphone berbunyi..no rumah mak..alamak..kenapa dengan dafinah (anak kecilku yang baru berumur 9bulan smlm) Hati mula risau..
Bila aku angkat je, kakak sulungku terus bagitau Eiman, anakku yg berumur 6tahun
menangis sebaik pulang dari tadika.. Bila ditanya kenapa? Jawabnya "bag baju eiman
tertinggal kat taska..huwaaa...nanti mommy marah..huwaa lagi..nanti mommy nak cuci
baju eiman..huwaaaa"..lagi syahdu bunyinya..

Adui..demi taknak dia menangis berpanjangan, kakak suruh aku ckp sendiri dgn eiman..
bila dgr suara aku..lg sendulah dia..aku pujuk dan kata tak apa lah, nangis kenapa..bukan mommy marah, lgpun next day kan hari jasmani, kena pakai t-shirt jer pun..
Barulah reda sikit nangisnya..

Selepas perbualan kami tamat, aku terfikir begitu garang ke aku selama ni dgn anak sampaikan bag baju tertinggal pun dia jadi begitu takut dan cuak..atau dia merasa serba salah atas kelupaan dia sendiri..

Bila aku hantar message pada cikgu taskanya utk pastikan bag eiman ada lg di sana dan cerita eiman menangis..cikgunya ketawa kerana lucu dgn gelagat eiman dan dlm masa
yang sama bergurau dan mengatakan "sedap sangat kot makan kek harijadi cikgu tadi
kat taska sampai terlupa bag baju"...Oooo...patutlah..ada keraian kecil kat taska rupenya
Hahaha..Eiman..eiman..itulah dia anak bertuah yang sorang ni..

Wednesday, 25 June 2014

Don't Laugh too much..

You can laugh..there is no wrong doing it but NOT too much
especially when u just had an operations..

Oucch..this is what happen to me..yesterday i really had a big laugh
with office mate..from one to another joke and it end up..i feel the pain
on my stitches..huwaaa...

Finally..pain killer is the best 'temporary' relief..

Till then..control..control..smile a lot can... ;)